Gunung Kinabalu |
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi Jumaat, 5hb Jun 2015. Ia adalah gempa bumi yang paling teruk menggegarkan Malaysia sejak 1976. Menurut laporan Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional, gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah. Datuk Masidi Manjun mengesahkan batu-batu banyak yang jatuh di Gunung Kinabalu akibat gegaran itu. Oleh itu, semua aktiviti pendakian harus dibatalkan. Seramai 52 daripada 189 pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berjaya dibawa turun dengan selamat. Namun, antara para pendaki yang malang termasuk 29 orang murid dan dan 8 guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong yang sedang berekspidisi di destinasi terkenal itu. 9 daripada mereka telah terkoban dalam nahas tersebut. Kesemua mayat warga Singapura telah dituntut dan dihantar ke negara asal menggunakan Air Force Singapura.

Pada hari Ahad, beberapa murid dan keluarga mereka telah meninggalkan mesej-mesej takziah dan sokongan bagi keluarga mangsa di Sekolah Rendah Tanjong Katong. Singapura juga telah mengisytihar hari berkabung keesokkan harinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan