Selasa, 30 Jun 2015

Gambar Perbualan Hari Pertama

Gambar ini menunjukkan situasi di kaki jalan Orchard. Terdapat sekumpulan sukarelawan sedang mengutip sampah. Saya rasa ia hari biasa kerana perkarangan tempat itu tidak sesak dengan orang awam sebab mereka mungkin sedang bekerja ataupun bersekolah. Kumpulan sukarelawan itu kelihatan sungguh tekun membersihkan persekitaran kaki jalan itu. Saya fikir mereka datang dari sebuah badan kerana mereka semua memakai baju kemeja yang sama. Mereka mungkin mempunyai suatu misi untuk memastikan persekitaran Singapura akan menjadi lebih bersih. Oleh itu, mereka telah mengambil langkah-langkah kecil untuk mencapai misi mereka dengan bermula membersihkan daerah kaki jalan Orchard. Jika saya salah seorang peserta dalam gambar ini, saya akan berasa berpuas hati kerana dapat peluang untuk melakukan bahagian saya untuk membuat negara Singapura kami amat bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan